03 December 2012

" Istanbul Aku Datang !! "

Assalammualaikum. ヅ

Hello hello, kopi ke milo . Kehadiran saya disini untuk mengupdate blog ini . haha. Skema kan ayat . Ok , entry kali ni aku nak bercerita pasal filem Istanbul Aku Datang . Syok weh wa cakap lu . Aku baru je tengok . Finally dapat jugak tengok . Gila la cerita ni buat aku nangis and senyum sorang . Kalau korang tengok cerita ni comfem korang cakap "ololo sweet nye" betul tak ? Sweet gila diorang kan . Lisa dengan Tomok pun nampak comel je berlakon sweet-sweet .

Mula-mula aku tengok cerita ni sumpah sweet gila . Bagi yang single tu comfem cepat-cepat nak cari boyfie kan . haha . Tersenyum tengok , sambil bayang kan aku yang kat tempat Lisa tu . Haha . #okPerasan . Pastu nak masuk tengah-tengah tu cerita dah macam gelabah kan , dan akhir nya kantoi jugak . Pastu part paling sedih and aku nangis part yang " girlfren " Tomok tu ngaku Tomok tu boyfie dia . Masa tu hancur gila hati Lisa kan . Korang perempuan mesti faham kan perasaan dia . Sedih gila sampai dia tak tahu nak cakap apa , yang dia mampu menangis je kan .

Apa perasaan korang kalau kena macam tu ? Mesti tak dapat bayangkan kan , and mesti korang tak nak bayangkan kan ? Yelah , lelaki yang korang sayang , percaya gila bafa bifa buat macam tu kat korang . Perempuan kekadang sanggup buat apa je demi orang yang dia sayang . Macam dalam cerita tu dia sanggup datang dari jauh sebab nak duduk dekat dengan boyfie dia kan . Kecewa gila rasa bila dapat tahu dia curang kat belakang .

Sebelum tu korang perasan tak Lisa dah dapat rasa perubahan boyfie dia , tapi dia senyap je and dia tak ada rasa nak pikir bukan-bukan kan . Perempuan ni kalau dengan orang yang dia sayang , dia akan percaya sangat-sangat , susah dia nak kurangkan sikit rasa percaya dekat boyfie dia tu . Itulah perempuan kan .

Lelaki pulak selalu bagi alasan " i bosan , dekat sini u tak ada , family i tak ada" . Itulah lelaki . Hello guys , apa guna handphone , skype semua tu . Macam korang tak boleh nak lepas rindu dengan cara macam tu , tak ada alasan la korang nak cari perempuan lain . Ye , memang tak nafikan memang kekadang rasa bosan bila kita jauh dari family , dari orang yang kita sayang , perempuan pun ada yang macam tu jugak bukan lelaki je , bila masuk belajar , dah jauh dari family , jauh dari orang yang kita sayang kita mula lah nak cari orang yang dekat dengan kita and dapat jaga kita kan . Kekadang tu faktor rakan yang ada boyfie/girlfren kat tempat belajar pun buat kita sama nak cari yang dekat dengan kita . Jeles la orang cakap kan , kita pun nak berdating-dating and bermanja-manja jugak kan . Tapi sebenarnya tak kesah lah jauh mana pun kita belajar , jauh mana pun kita pergi kalau dalam hati kita tetap ada nama orang yang kita sayang tu , tetap setia dengan dia , takkan pernah ada niat nak curang ke , nak pasang lain ke , nak buat spare tyre ke , pape jelah.

Nasihat untuk diri aku and semua lah , bagi yang dah ade boyfie/girlfren tu jaga lah elok-elok , tak payah la nak curang-curang , tak payah la nak pasang 2 , 3 , 4 . Satu pun korang tak tentu boleh jaga ke tak . Bak kata orang hargailah apa yang kita ada sekarang , nanti bila dah tak ada jangan time tu kita nak menyesal . Lagi satu , jangan tinggal kan orang yang sayang kita demi orang yang kita sayang , sebab nanti orang yang kita sayang tu akan tinggal kan kita demi orang yang dia sayang . Pikirkan dear .

~ Thanks pada yang sudi baca . #farah ♥
sudi-sudi laa comment ek!!

26 November 2012

"No Idea"

Assalammualaikum ヅ

Hai. #lambai-lambai tangan.
Dah lama gile tak update blog ni, bukan malas tapi "no idea". Kalau ikut kan hati hari-hari nak update, tapi kalau cerita tak menarik tak seronok jugak nak update. Kalau nak update mesti lah kena banyak idea nak tulis, tak ada lah "post" kita sikit-sikit je kan. Pastu kalau nak update mesti lah cerita yang orang yang tak bosan nak baca kan. 

Bagi blogger baru macam aku ni lagi lah, kadang-kadang terkial-kail nak tulis apa, kadang-kadang tu nak pikir tajuk pun ambik masa panjang. Bayangkan lah, ni kan nak tulis "post" yang panjang-panjang. Kalau tengok blogger yang femesh banyak je idea dia nak cerita, nak tulis dalam blog. Macam blogger yang terkenal tu. Alaa takkan tak kenal HANIS ZALIKHA tu, sekarang dia dah jadi pelakon. Siapa ada tengok cerekarama sabtu lepas "Mariam Kampung Puntat" ? Ha' dia lah berlakon dalam cerita tu. Jadi pelakon utama lagi. "Class Kau Yam".

Aku buat blog ni pun suka-suka je. Aku suka sangat bace blog orang sampai aku pun tertarik nak buat blog. Mula-mula ingat kan mudah je buat blog ni, rupa-rupa cerewet jugak, nak edit bagai. Tapi terpaksa la edit jugak kan, tu untuk kepuasan diri sendiri jugak supaya lebih rajin nak meng"update" blog sendiri. Kadang-kadang tu tengah ralik sangat edit blog tak sedar sampai pukul 5 or 6 pagi. Gila kan. Time edit-edit blog tu aku suka tengok "tutorial" dekat blog LYSSA FAIZUREEN. Dalam blog dia macam-macam "tutorial" ada. Cerita dalam blog dia pun menarik jugak. Dalam blog dia pun ada cara-cara macam mana nak cari "income" dalam blog. Try la usha.

Bagi blogger baru macam aku ni, ada masa tu terlampau banyak sangat idea datang dalam kepala otak ni, tapi ada lagi satu penyakit yang kita tak boleh nak elak iaitu "mim alif lam sim" MALAS. Betul tak? #angguk-angguk. Kalau dah penyakit ni datang memang tak ada ubat la jawabnya. Masa tu rasa memang malas sangat nak mengadap laptop, malas sangat nak menaip. Pastu idea tu kita tangguh-tangguh dan akhirnya lupa terus apa yang kita nak update, kalau ingat pun idea tak banyak dah macam idea mula-mula tu. Masa "update" "entry" ni pun jangan ingat dari mula taip tak berhenti-henti. Nampok sangat menipunyer. Banyak kali "hold" kejap sambil buat kerja lain, punya lah nak tunggu idea datang. Kadang tu tangan atas keyboard tapi tak tekan pun, masa tu sebenarnya tengah menyusun ayat. Betul kan? #angguk-angguk.

Sampai sini lah dulu entry aku. Aku harap lepas ni aku akan sentiasa "update" blog aku ni, tak ada lah terbiar berbulan-bulan. Harap-harap penyakit MALAS aku tu tak datang dah lah. Hari ni penyakit "over" rajin pulak datang, tapi lagi bagus "over" rajin dari malas, kan kan? Terima kasih pada yang sudi habis kan masa baca "entry" aku ni, tapi pada yang rasa tak suka tu bagitau lah ye, boleh aku perbaiki balik. 

Assalammualaikum ♥

sudi-sudi laa comment ek!!

18 September 2012

Pejam celik ... !!


Assalammualaikum ..


Pejam celik , pejam tak celik . Eh , kala tak celik sungguh baru tau . T_T
Da 3 bulan aku Praktical , tinggal lagi 3 bulan aku nak abis . tak sabau betol nak balik poli . kekadang bosan gak kerje ni . nak-nak kala main duk saje je . bosan gak kan . skang ni da tinggal aku sorang dak praktical bahagian marketing . hari-hari kerje aku ngadap laptop sampai balik . penat jugak kala tak dek kerje ni .

Dah pertengahan praktical ni , kene tunggu laa kedatangan lecterur nak nilai kite . maybe dalam minggu ni rase nye . debar-debar jgk laa . da la aku ni pemalas , entah ape la supervisor aku cakap kat lecterur aku tu nanti . harap-harap aku lulus laa untuk praktical ni .




sudi-sudi laa comment ek!!