26 November 2012

"No Idea"

Assalammualaikum ヅ

Hai. #lambai-lambai tangan.
Dah lama gile tak update blog ni, bukan malas tapi "no idea". Kalau ikut kan hati hari-hari nak update, tapi kalau cerita tak menarik tak seronok jugak nak update. Kalau nak update mesti lah kena banyak idea nak tulis, tak ada lah "post" kita sikit-sikit je kan. Pastu kalau nak update mesti lah cerita yang orang yang tak bosan nak baca kan. 

Bagi blogger baru macam aku ni lagi lah, kadang-kadang terkial-kail nak tulis apa, kadang-kadang tu nak pikir tajuk pun ambik masa panjang. Bayangkan lah, ni kan nak tulis "post" yang panjang-panjang. Kalau tengok blogger yang femesh banyak je idea dia nak cerita, nak tulis dalam blog. Macam blogger yang terkenal tu. Alaa takkan tak kenal HANIS ZALIKHA tu, sekarang dia dah jadi pelakon. Siapa ada tengok cerekarama sabtu lepas "Mariam Kampung Puntat" ? Ha' dia lah berlakon dalam cerita tu. Jadi pelakon utama lagi. "Class Kau Yam".

Aku buat blog ni pun suka-suka je. Aku suka sangat bace blog orang sampai aku pun tertarik nak buat blog. Mula-mula ingat kan mudah je buat blog ni, rupa-rupa cerewet jugak, nak edit bagai. Tapi terpaksa la edit jugak kan, tu untuk kepuasan diri sendiri jugak supaya lebih rajin nak meng"update" blog sendiri. Kadang-kadang tu tengah ralik sangat edit blog tak sedar sampai pukul 5 or 6 pagi. Gila kan. Time edit-edit blog tu aku suka tengok "tutorial" dekat blog LYSSA FAIZUREEN. Dalam blog dia macam-macam "tutorial" ada. Cerita dalam blog dia pun menarik jugak. Dalam blog dia pun ada cara-cara macam mana nak cari "income" dalam blog. Try la usha.

Bagi blogger baru macam aku ni, ada masa tu terlampau banyak sangat idea datang dalam kepala otak ni, tapi ada lagi satu penyakit yang kita tak boleh nak elak iaitu "mim alif lam sim" MALAS. Betul tak? #angguk-angguk. Kalau dah penyakit ni datang memang tak ada ubat la jawabnya. Masa tu rasa memang malas sangat nak mengadap laptop, malas sangat nak menaip. Pastu idea tu kita tangguh-tangguh dan akhirnya lupa terus apa yang kita nak update, kalau ingat pun idea tak banyak dah macam idea mula-mula tu. Masa "update" "entry" ni pun jangan ingat dari mula taip tak berhenti-henti. Nampok sangat menipunyer. Banyak kali "hold" kejap sambil buat kerja lain, punya lah nak tunggu idea datang. Kadang tu tangan atas keyboard tapi tak tekan pun, masa tu sebenarnya tengah menyusun ayat. Betul kan? #angguk-angguk.

Sampai sini lah dulu entry aku. Aku harap lepas ni aku akan sentiasa "update" blog aku ni, tak ada lah terbiar berbulan-bulan. Harap-harap penyakit MALAS aku tu tak datang dah lah. Hari ni penyakit "over" rajin pulak datang, tapi lagi bagus "over" rajin dari malas, kan kan? Terima kasih pada yang sudi habis kan masa baca "entry" aku ni, tapi pada yang rasa tak suka tu bagitau lah ye, boleh aku perbaiki balik. 

Assalammualaikum ♥

sudi-sudi laa comment ek!!